Pisang kipas
Pisang kipas

Pisang kipas

Pokok Pisang Kipas (bahasa Inggeris: Traveller's Palm) merupakan sejenis pokok yang berasal daripada Madagaskar. Pokok ini digelar sebegini kerana ia berbentuk kipas dan daunnya kelihatan seperti daun pisang. Walaupun pokok ini digelar "Traveller's Palm" dalam bahasa Inggeris, ia sebenarnya bukan pokok palma (keluarga Arecaceae) tetapi tergolong dalam famili pisang dalam pengelasan lama dan dalam (Strelitziaceae) bagi pengelasan baru. Pokok ini digelar sedemikian dalam bahasa Inggeris kerana pelepahnya menakung air yang boleh diguna sewaktu kecemasan. Air ini juga pernah dijadikan minuman oleh pengembara pada zaman dahulu.[1]. Satu lagi penjelasan yang mungkin adalah ia tumbuh secara semulajadi dalam kedudukan barat-timur, membentuk kompas kasar.[2] Ravenala madagascariensis merupakan ahli tunggal dalam genus ini dan berkait rapat dengan genus Afrika Selatan Strelitzia dan genus Amerika Selatan Phenakospermum. Sesetengah pengelasan dahulu turut memasukkan genera ini dalam keluarga (Musaceae) pisang. Sungguhpun ia biasanya dianggap spesies tunggal, empat bentuk berbeza telah dibezakan.[3][4]Nama genus saintifiknya Ravenala serapan perkataan bahasa Malagasi ravinala yang bermaksud "daun alas" atau "daun hutan" (ravina dan daun turunan seakar *dahun[5] manakala ala dan alas turunan seakar *Salas).[6][7]:IITingginya Pokok Pisang Kipas 3 meter hingga 9 meter dan batangnya kukuh. Pelepahnya bertindih-tindih dan keluar dari kiri dan kanan batang dengan daun yang mempunyai tetulang. Pokok ini tidak berbunga kecuali di tempat asalnya kerana perbezaan iklim. Sulur tumbuh daripada bahagian pangkal pokok induk. Akarnya jenis merayap. Pokok ini boleh dijadikan tanaman hiasan.

Berkaitan